Harini pagi2 lagi dlm jam 10 pagi aku ke Majlis Kesyukuran sempena perkahwinan sahabatku Mariam Mohamed Fauzi.. Dari Puterajaya Pak Kancil, Setiu, Terengganu ke Kg Kok Bedullah, Tumpat, Kelatan mengambil masa yang tidak lah sedikit.. (++ hujan yg x brenti n jam,balik dari raya agaknye..) dlm pukul 3 lebih hmpir pkul 4 barulah sampai ke rumah sahabatku itu..balik dlm 4.45 (setelah pusing kwsn bebas cukai, tp x bli pape.. pusing jer..huhu..), dlm pkul 11.24 mlm barulah smpai Pak Kancil balik..jam pnya pasal.. (agaknyelah..sbb aku keletihan n tertido..haha..)

Tidak kusangka plak, kedatangan aku sekeluarga mengundang sebak Mek Yam.. belum sempat sarung cincin n bergambar dh menangis..huhu.. terkilan jugak x da gambar kenangan..sbb trlupa bawak kamera n even ma Mariam nk bergambar gn aku n my mom, tapi kamera dorang pn ntah kemana jgk rupenya.. x pelah..kenangan itu kusemat dihati..

Yg paling kelakar, x pasal2 aku ni jadi perhatian..huhu..ada je org bleh dia cakap, "ni lah Maisarah".. 1st kt suami dia, then sape2 lagi ntah smpaikn aku jerkah2 manje sket dia..sbb heran dia umumkan yg aku nilah aku..huhu.. dh kene tgur tu bleh plak dia wt lawak.. "pengumuman2..ni la Maisarah", nasib baik dlm nada yg dibuat2 kuat tpi slow jer..Mariam n Mariah ckp, x de speka nk wt pngumuman..huhu.. nilah Mariam, sahabatku yg banyak n suke bercerita.. Smpaikn ma dia pn bleh kenalkan aku pda mak2 sedara Mariam yg aku ni sahabat Mariam yg tinggal serumah n sebilik dgnnya n dari Terengganu.. memang btol..n Mariam..apelagilah yg hang cerita..huhu..kawan yg sering memeningkan kepala ku ini akhirnya menjadi milik orang..alhamdulillah..hehe..even memeningkan kepala sekalipun..aku tetap syg..kn sahabat..

Mak Som, Ma Mariam ada btanya, bila lagi agknye nk datang..? aku jwb, tggu bdk ni kawen plak smbil aku tnjukkan pda adik Mariam iaitu Mariah.. hehe.. apepn, InsyaAllah jika berkelapangan n berkemampuan aku akan menziarah keluarga Mariam ni di lain hari.. bagi meneruskan kesinambungan ukhuwwah yg sedia ada (even ni 1st time jumpa family Mariam..huhu..msa grad x smpat coz bkejar ke Hospital Pantai..) Mariam sekeluarga baru jgk lagi kehilangan bapa tercinta.. x smpai setahun lagi.. adik Mariam yg bungsu masih kecil.. ada la dlm 3 ke 4 org adik Mariam yg bleh disebut sebagai ank yatim..moga2 sentiasa bertabah hati, n dberi kekuatan n kemudahan dlm menghadapi n menjalani hidup ni..amin..

Buatmu Mariam, Moga sentiasa berbahagia.. tidak dirundung sepi mahupun pilu.. yang ada biarlah bahagia n tenang sentiasa.. keep going.. all the best my fren..

Dalam kekalutan yang kuhadapi sekarang..yang sedang kucari adalah seorang kawan bicara yang boleh aku berbicara dan bercerita tanpa terikat dan tersekat..Yang kucari tentulah yang tidak kukenali kerana aku lebih selesa tidak mengenali dan dikenali..kerana dengan demikian itu,aku tidak ragu untuk berkongsi cerita..kerana dia tidak mengenali aku n tidak mengubah apa2 persepsinya terhadapku..

Yang kucari sekarang adalah seorang sahabat yang walaupun tidak kukenali n mengenali tapi bertindak sebagai sahabat sejati..payah..tapi mustahilkah?

Yang kucari adalah orang yang mampu memahami apa yang cuba aku ungkapkan..apa yang cuba kusampaikan..yang mampu mendengar,memahami, dan berkongsi..

Hakikatnya,yang kucari adalah seorang sahabat baru yang tidak mengenali aku dan tidak kukenali dirinya..tapi dimana dan bagaimana..?

P/S: Carilah sahabatmu yang didalam diri masih belum ditemui..yang masih belum dikenali..kerana engkau benar2 belum mengenali dirimu sendiri..

Selagi Ada Rindu

Selagi Ada Bulan Mentari..
Selagi Ada Berkasihani..
Selagi Ada Bulan dan Bintang..
Selagi Ada Berkasih Sayang..

Selagi Ada Ombak dan Laut..
Selagi Hatiku Terpaut..
Selagi Ada Turunnya Hujan..
Selagi Ada Rahmat Tuhan..

Selagi Ada Langit dan Bumi..
Selagi Cintaku Bersemi..

Selagi Ada Waktu..
Selagi Ada Rindu..
Biar Beribu Batu..
Ingin Aku Bertemu..

Oh..Kasih..Damailah Engkau Disana..
Ku Berdoa..Pada Tuhan..Agar Kau Bahagia..

Selagi Ada Waktu..
Selagi Ada Rindu..
Biar Beribu Batu..
Ingin Aku Bertemu..

Selagi Ada Langit dan Bumi..
Selagi Cintaku Bersemi..

Selagi Ada Waktu..
Selagi Ada Rindu..
Biar Beribu Batu..
Ingin Aku Bertemu..

Oh..Kasih..Damailah Engkau Disana..
Ku Berdoa..Pada Tuhan..Agar Kau Bahagia..

Selagi Ada Waktu..
Selagi Ada Rindu..
Biar Beribu Batu..
Ingin Aku Bertemu..

Selagi Ada Waktu..
Selagi Ada Rindu..
Biar Beribu Batu..
Ingin Aku Bertemu..

Selagi Ada Waktu..
Selagi Ada Rindu..
Biar Beribu Batu..
Ingin Aku Bertemu..
Ingin Aku Bertemu..
Ingin Aku Bertemu..

P/S: lagu ni diminati oleh Kak Imah.. Guru mengajarku cara memandu dengan baik dan mahir..(bleh la jadi Racer lepas nih..hehehe..) so, aku pn jatuh minat jugak la.. dh grad belajar memandu nih rasa lain la plak.. xdpt dh nk jumpa n dgr Kak Imah bercerita dri bab memandu kepada macam2 termasuk Dyasebel..hahaha.. x pelah..insyaAllah aku x kan lupakan guru kesayanganku nih.. n insyaAllah akan jumpa lagi.. dlm keadaan yg jauh lebih baik InsyaAllah.. (^_^)

Blurr tentang Masa Depan

Persoalannya..bilakah ia akan hadir..?apakah yg akan terjadi..?
aku hanya mampu berusaha..yg tentukan tentulah Tuhan Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu..tapi kenapa perlu masih berasa gusar dan bersedih hati..?adakah ragu dengan perancangan Tuhan atau bagaimana..?

Tentulah tidak..cuma, persoalan terlalu banyak mengasak minda..n harapan terlalu tinggi..sehingga menjadikan diri sigusar..?

Benar tu..usah terlalu banyak berfikir n bersoal..yg penting tingkatkan usaha, tetapkan dan pastikan matlamat n bekerjalah kearah merealisasikan matlamat tersebut..

Usah lah menjadi sigusar yang tidak berperancangan.. jadilah sigusar yang tahu matlamat n masa depan.. bukan gusar tentang kehidupan sebaliknya bagi memastikan kehidupan mengikut apa yang dirancang n yang sepatutnya iaitu menjadi hamba Tuhan..

Salam Eid Adha

Eid Adha kali ni kusambut pnuh keletihan..
sbb, dlm msa yg sama ma aku wat kenduri mkn2 masuk umah n nazar ma aku..
so, memang meletihkaneven aku x la kerja teruk..coz aku banyak kejar anak buah, jemput orang dari keje2 lain..huhu..yg kelakarnya..mlm raye 2 jgk bru decide nak wat..dkt2 kol 10mlm..abg aku pya pasal la tuh..huhu..dh lwt mlm bru gtau..kalut giler la..cma aku smpat makan gulai kambing jer sket..nasi sume aku x smpat nk mkn..

Ptgnye aku brtolak ikut adik balik umah my dad..smpai 11.50pg tdi aku d sana..x smpat nk mkn daging pacak..adik aku pn satu..berjam2 hdupkn api,hdup mati hdup mati apinye 2..kesimpulannya,x da rezeki..

Eid Adha kali ni agk istimewa, sbbnyer, kakak n abg ipar dari Johor balik, n kakak n abang ipar dari Sabah pon (yg same umur gn aku).. 2 ank buah yg nakal n sorang yg ayu, Adli yg kuat makan n aktif gile, Aqilah yg berani, brutal, n kuat cemburu, n Sofea yg lembut, takut2 n slalu mgalah pd adiknye Aqilah..

Eid Adha ni jgk aku ada banyak rasa..lemah n kuat..sedih n redho..kecamuk n tenang..keimpulannya..banyak rase..cume x dapat aku ukirkan..inilah cubaan... =)



JADILAH KULI ALLAH, BUKAN KULI SYAITAN

”Jangan jadi kuli kecuali menjadi kuli Tuhan. Jangan makan gaji selain makan gaji dengan Tuhan. Sebagaimana kita bila makan gaji - dengan orang ke, dengan kerajaan ke, dengan kompeni ke, dengan orang kampung ke - tentulah kita kena buat mengikut apa yang majikan kita hendak walaupun kita sendiri berasa payah, berasa lambat kalau ikut kehendak majikan kita. Tetapi kerana, kita makan gaji, kita kena buat serupa dengan tuan kita hendak. Kita dengan Tuhan kena lagu itu juga. Bila Tuhan kata Aku hendak kamu buat lagu ini - payah ke, susah ke, terkepit ke, sakit ke kamu kena buat juga sebab kamu makan gaji dengan Aku. Kalau kamu ticlak hendak makan gaji dengan Tuhan, kamu hendak makan gaji dengan siapa lagi? Sudah pasti kamu makan gaji dengan syaitan. Tidak ada sebab kita hendak makan gaji dengan syaitan kerana syaitan tidak buat kita, syaitan tidak buat bumi tempat kita berpijak, tidak buat langit tempat kita junjung, tidak buat udara untuk kita bernyawa, tidak buat sedikit apapun. Jadi tidak ada sebab kita hendak makan gaji selain dengan Allah taala”

”Makan gaji dengan manusia dia bayar dengan duit tetapi makan gaji dengan Tuhan dia bayar dengan syurga, bila mati baru boleh terima gaji. Sebab itulah kita bersembahyang, kita berpuasa, kita bersedekah, kita mengajar, kita mengaji walaupun kadang-kadang benda-benda ini dirasakan serabut dan menyusahkan. Mengapa menyusahkan diri dengan sembahyang, padahalnya yang tidak sembahyang ramai yang boleh hidup? Jawabnya, oleh kerana aku makan gaji dengan Tuhan, aku kena turut kehendak Tuhan”


Diambil dari:
http://ipnaa.blogspot.com/
Pada: 27.10.2009 5:00pm

Bagan Pinang..

Selama seminggu atau lebih aku berada di Bagan Pinang.. Suasananya tidak la indah namun memberi erti dan kenangan yang bermakna bagiku..Kenangan berada, berkerja, dan memahami erti bekerja dan berjuang.
Kekalahan di Bagan Pinang bukanlah pengakhir kepada sebuah perjuangan..sebaliknya, semangat, ketegaran, usaha, istiqamah, tawakkal, redho perlu dipertingkatkan..

Bagi aku seorang pejuang perlu kenal erti bertindak mengikut keperluan, perlu kenal erti ukhuwwah, perlu faham erti wala', perlu faham erti redho dan syukur, perlu tahu erti bekorban. banyak yang perlu dipelajari untuk menjadi seorang pejuang..
hati perlu dibersihkan, elakkan dan buang penyakit PHD, kurangkan kemarahan dan ketegangan kerana kita semua adalah pejuang..tiada yang lebih bagi yang merasa lebih..tiada yang kurang bagi yang dianggap kurang.. hakikatnya..usaha, gerak kerja dan keikhlasan dinilai Allah tidak tertakluk kepada pandangan manusia malah redho manusia sekalipun..
bagi yang membenci, biarlah kerana Allah, bagi yang marah, biarlah beralasankan Allah, bagi yang cemburu, biarlah berlunaskan Islam.. jika tidak, hanya kesakitan yang kita dapat namun nilainnya pada pandangan Allah..?

Kekacauan di Bagan Pinang ternyata tidak mampu melemahkan pejuang2 disana.. banyak kekacauan namun yang dituduh bukan pada yang melakukan sebaliknya pada yang diperlakukan (dunia hampir kiamat..) perkara yang menyedihkan bagiku..aku sedar..ramai remaja yang dirosakkan disana..dimabukkan dan dibayar untuk hilang kemanusiaan..alangkah malangnya Warga Bagan Pinang..alangkah malangnya warga N9, alangkah malangnya yang ditawan dan keluarganya..tertawan pada hawa nafsu dan dipenjara dalam dunia yang gelita..oleh individu/pertubuhan yang diberi kepercayaan. Hakikatnya, kita selaku khalifah, manusia yang diberi akal yang waras untuk berfikir, usahlah menyamatarafkan diri dengan binatang ternakan mahupun yang melata, malah lebih teruk dari itu..kenapa membiarkan diri dikuasai nafsu dan syaitan?sedangkan kita tahu membezakan buruk dan baik perbuatan..kerana kita dianugerahkan wahyu, peringatan, petunjuk dari Quran dan Sunnah..Sudah hilangkah keyakinan manusia kini terhadap janji Allah? terhadap kebenaran Islam? sehinggakan yang berada di jalan kebenaran benar2 menjadi golongan yang sedikit dan dibenci..


Dalam kenangan sakit dan sedih, terselit yang gembira kerana ukhuwwah dan perjuangan itu manis..Kenangan terindahku adalah kenal dan bersama dengan Ustazah Nuridah yang aku hormati, kenal Hajar yang baik hati dan lembut perbuatannya, kenal Fatihah yang baik akhlak dan yakin diri, kenal ramai orang yang sebelum ini aku tidak kenal.. Umi yang mesra, kak Tho yang penyabar, kak Ros yang positif dan bersemangat, Kak Eti yang nakal dan poyo macam aku (hehehe..jgn marah..) dan macam2 kak lagi lah..dan Kak Wan yang di luar jangkaanku (hehehe..Thanks 4 d tea..huhuhu..) hakikatnya..biarpun kemenangan yang terlihatkan mata tidak diperoleh..namun kegembiraan tetap ada..Perancangan Allah tidak kita ketahui..Mungkin kekalahan di bagan Pinang mampu menjamin kemenangan yang lebih besar, baik dan mulia di masa2 hadapan..ayuh..kita belajar dari kesilapan..!!

.:: Marwa El Sharbinie::.

Jika anda renungkan 18 kali tikaman seperti mustahil dalam mahkamah.Tetapi
Marwa el Sharbinie telah ditikam 18 kali di hadapan 3 orang hakim dan apabila suaminya berlari untuk menjadi penyelamat polis melepaskan beberapa das tembakan di bahagian kaki suaminya atau Elwi.Tidak ketinggalan Alex W telah mencederakan Elwi dan cuba membunuhnya.Marwa wanita berusia 32 tahun ini digelar sebagai syahidah hijab ini telah difitnah di taman permainan ketika menemani anaknya sebagai pengganas dan pelacur.
Dia dibicara di dalam mahkamah atas alasan pakaian islamiah dan muslimah.Sebaik saja selesai memberikan penjelasan dirinya sebagai seorang muslimat dan memberikan keterangan Alex W berlari kearahnya dan berteriak sambil menghunus pisau "Engkau tidak layak hidup!!!" dan menikam Dr Marwa sebanyak lapan belas kali sehingga kandungan di dalam perutnya yang berusia 3 bulan dan dirinya syahid sedang suami dan anaknya yang ulung yang tinggal di dunia.
Yang menghairankan ialah tiada seorang pegawai keselamatan yang ada di situ dan tiada sebarang pemeriksaan senjata yang merbahaya yang dilakukan.Alex ditahan reman bagi siasatan lanjut yang tidak patut dilakukan kerna jelas Alex sudah membunuh Dr Marwa dan cuba membunuh Elwi .Perbicaraan dijangka akan berlansung pada hujung 2009
atau selewatnya pada awal 2010.

untuk mengundi menyatakan sokongan anda pada Dr Marwa El Sharbinie sila layari www.petitiononline.com/marwa/petition-sign.html

Dalam banyak2 government di Malaysia ni, yang paling aku suka adalah Kelantan Government.. So, aku sertakan senarai exco2 government nih untuk tatapan diri sendiri yg dicilok dari Blog tokgurublog.blog.friendster.com
hehehe..cilok sesikit x pe kan Tok Guru..? =)

Jawatankuasa Tanah, Perhutanan dan Sumber Asli
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar


Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah dan Wilayah
Dato’ Ahmad Yaacob, Timbalan Menteri Besar


Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan
Dato’ Husam Musa


Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat
Dato’ Anuar Tan Abdullah


Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah
Mohd Amar Nik Abdullah


Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan
Dato’ Takiyuddin Hassan


Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar
Mejar (B) Md. Anizam Abd Rahman


Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO
Abdul Fattah Mahmood


Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi
Dr. Mohd Fadhli Dato’ Hassan


Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi
Che Abdullah Mat Nawi


Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan
Wan Ubaidah Omar

Hati Yang Walang..

Aku memiliki sekeping hati yang walang..
Kesedihan yang aku sendiri tidak pasti bagaimana dan kenapa..

Ramadhan yang hadir kian pergi..
Setapak demi setapak meninggalkan manusia yang masih dalam alpa..
Beruntungnya manusia yang beriman dan sedar berkat Ramadhan..
Mencari erti taqwa tanpa mengenal jemu..

Dalam kekalutan manusia bersuka ria menanti syawal..
Bermain mercun dan berbuat kalut tidak mengira masa..
Masih ada yang mencari Redho Ilahi..
Beribadah mengenal dan menginsafi diri..

Dan hatiku masih lagi walang..
Bersedih hati entah mengapa..
Bersalahkah aku..?
Persoalan demi persoalan mengasak minda..
Apakah hukumnya menolak orang yang soleh..?
Sedang aku terpaksa menanti..
Sedangkan penantian merupakan suatu penyiksaan yang pasti bagiku..

Hatiku masih walang..
Mengenangkan anak-anak zaman sekarang..
Ibu bapa tidak lagi diberi hak yang sewajarnya sebagai ibu bapa..
Dimanakah kesedaran kaum Muslimin kini..
Sukakan seseorang terus meminta pada empunya diri..
Lupakah si empunya diri memiliki wali..?
Yang selama ini mendidik dan membesarkan anaknya penuh sukar..
Semudah itu untuk membawanya pergi..
Tanpa mendahului dan bertanya kepada yang berhak keatasnya selama ini..

Ragam manusia tidak dapat kufahami..
Biarpun aku juga seorang manusia..
Mungkin kerana hatiku tidak sempurna..
Maka timbul banyak persoalan..
Lantas aku bersedih hati..
Pada perkara yang aku sendiri tidak pasti..
Sungguh..Hanya mengingati Allah hati menjadi tenang..
Dengan redho pada ketentuan dan mengharapkan perhitunganNya..
Hati kembali menjadi tenang..

KERANA KITA HAMBANYA..


A blinding flash of white light..
Lit up the sky over Gaza tonight..
People running for cover..
Not knowing whether they're dead or alive

They came ith their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And The bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

We will not go down
In the night without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die

We will not go down
In the night without the fight
We will not go down
In Gaza tonight...

WE WILL NOT GO DOWN..!!

Hari IniKu..


Hari ni aku ngan family g solat tarawikh kat masjid kg Buloh lama..
Tetibe aku teringat peristiwa bertahun2 dulu..
Masa aku smayang kat Masjid Daerah Setiu nih..
Masa 2 Tok Guru Hj Hadi yg datang n imamkan solat tarawikh..
8 rakaat..then orang lain lak sambung..
Aku terbayangkan kesibukan Tok Guru masa 2..
Mesti sibuk untuk memenuhi undangan dan harapan masyarakat yang dambakan beliau imamkan solat tarawikh terutamanya..

Dan sekarang..adakah mungkin Tok Guru still lagi diundang untuk ke Masjid Daerah tersebut..?
Atau masihkah dibenarkan untuk mengimami solat di Masjid tersebut..?
Sedangkan beliau tidak lagi mempunyai kuasa as MB..

Bila fkir2, ingat2..aku rasa sedih..
Sebuah pemerintahan yang memperjuangakan dasar Islam ini tak mampu bertahan lama..
Apakah sebenarnya yang diperlukan masyarakat..?
Mardhotillah atau ap?

Aku harap..suatu masa nanti pemrintahan dibawah kepimpinan Tok Guru akan kembali..
Dan InsyaAllah berkekalan..
Matanglah wahai manusia..
Apa yang kau cari dan kau kejar dalam hidup ni..?

Tanda Sayang..

We'll find out..
Siapakah @ apakah yang lebih kita sayang..

Tanda Sayangkan Allah..
Sentiasa mendaulatkan SyariatNya..
Melaksanakan tuntutan dan perintahNya..
Malah, menjauhi segala laanganNya..
Bak kata Dr Hamka,
Dengar je seruan azan, bersegera menunaikan solat..
Tu tandanya, Cinta dan Sayangkan Allah..
Rindu untuk bertemuNya segera..
Jika berlengah-lengah, dah nak habis waktu baru terhegeh-hegeh..Awasilah..

Sayangkan Rasul..?
Sudah tentu mempertahan dan mengamalkan Sunnah dan ajaran yang dibawanya..
Sentiasa berselawat padanya..
Dan macam-macam lagilah..

Sayangkan Ibu Bapa..
Sentiasa Menyenangkan hati Ibu Bapa..
Bersegera menyahut panggilannya..
Mengambil berat dan tidak menyakiti hatinya..

Jika Sayangkan Seseorang..
Sentiasa mengambil berat tentangnya..
Berusaha membahagiakan dan mengembirakannya..
Bertoleransi dan mempunyai masa untuknya..
Begitu juga untuk keluarga..

Sayangkan Diri..
Tidak memudaratkan diri..
Mempersiapkan diri dengan Ilmu dan Iman agar Selamat Dunia Akhirat..
Dan lain-lain lagilah..
Fikir-fikirkan..

Lebih Sayangkan Harta.. dari segala-galanya..?
Kedekut untuk bersedekah, kedekut untuk mengeluarkan zakat, malah kedekut untuk menginfakkannya pada Jalan Allah..
Jika sayangkan harta melebihi segalanya,
Tandanya tidak sayangkan Allah, diri, ibu bapa, keluarga dan segala-galanya..
Kerana telah terpedaya dengan godaan dunia..

Kesimpulannya..
Banyak lagi sayang-sayang yang tidak dinyatakan disini..
Misalnya sahabat, perjuangan, dll..
Pandai-pandailah relatekn sendiri..
Kan ada akal untuk berfikir..?

Tinta Air Mata..



Aku bayangkan aku sebagai isterimu..
Dikau seorang lelaki yang begitu sibuk dan kalut..
Seorang Mujahid yang Real..
Seperti katamu..

Lalu aku membayangkan masa depan yang dibayangi masa sekarang..
Engkau begitu sibuk..Tidak sempat melayani kerenahku..
Tidak sempat bertanyakan khabarku..
Tidak sempat menjawab banyak persoalanku..
Tidak sempat mengirimkan khabar situasimu..
Dan tidak sempat aku mengenalimu..

Lalu bagaimanakah masa depanku..
Sentiasa tercabar untuk bersabar..
Kukenali dirimu seorang yang kalut dan sibuk..
Sentiasa membara dengan semangat perjuangan..
Siapa yang tidak bangga dan gembira mendapat suami seorang Mujahid pemburu syahid..
Namun aku sedih dan letih..lantaran gelora jiwaku dapandang enteng..
Kerana bagimu perjuangan itu lebih penting..
Bagimu seharunya seorang isteri mampu memahami dan berdikari..

Lalu aku merasa sedih dan pedih..
Lupakah dirimu Sirah Rasulullah..
Insan Junjungan yang tentunya paling sibuk dalam menyebarkan Islam..
Tetapi mampu bergurau senda bersama isteri tercinta..
Mampu turun kedapur membantu apa yang perlu..
mampu bergurau senda dan berkejar-kejaran dengan Aisyah isteri tercinta..
Mampu bermain kuda-kuda bersama cucu tersayang..
mampu memujuk isteri yang dalam kesedihan..
Biarpun hanya kerana perkara kecil..?

Lalu bagaimana aku..?
Alangkah kasihan anak-anakku..
Kemiskinan kasih dari bapanya..
Alangkah kasihan ibu bapaku..
Tersisih setelah bermenantu..

Aku dambakan seorang pejuang Islam..
Tetapi yang kaya dengan kasih sayang dan perhatian..
Yang faham erti pengorbanan dan mampu berkorban..
Tidak sekadar faham erti berkorban dalam erti kata mengorbankan..

Aku tidak mendabakan seorang suami yang kaya raya..
Tetapi miskin jiwanya..
Yang aku dambakan seorang yang kaya budinya..
Mengerti dan faham tanggungjawab sendiri dan hak seorang Isteri..
Yang mampu manunaikan nafkah terhadapku sekadar dirinya mampu..
yang mampu hormat dan kasihkan ibu bapaku seperti sebahagian dari diri..
Yang mampu sama-sama mendidik dan membesarkan zuriat bersama..
Yang mampu bersama-sama dalam perjuangan Islam..
Yang tidak akan menghalangku dalam urusanku dengan Tuhan dan perjuangan Islam..
Asal saja aku tahu, faham, dan menunaikan tanggungjawabku sebagai surinya..

Wahai hati kuharap kau bersabar..dan tingkatkan kesabaran..
Namun kesabaranku yang senipis kulit bawang ternyata tidak mampu bertahan..
Dan keraguan mula mengasak hati..
Tidak pentingkah aku dihatimu..
Jika kini aku mula ragu..
Terhadap kemampuan diri..
Terhadap kemampuanmu berkompromi..
Bagaimanakah masa depanku nanti..?
Duhai hati banyakkan bersabar..
Dan hari demi hariku menjadi makin keliru penuh ragu..
Mampukah aku bertahan disisimu..?

Jika aku mampu bersabar..
Itu adalah kebaikan bagi dirimu dan diriku..
Namun jika aku menahan rasa..?
Bukankah itu membawa kepada dosa..?
Maka itu adalah kerugian terbesar pada diriku malah juga pada dirimu..

Sungguh..Perjuangan Itu Manis Jika Tahu Cara Berjuang..
Jika Faham Erti Berjuang dan Erti Kehidupan..

Dua Permata Hatiku..





Along yang tengah pura-pura tidur dan adik yang sedang nyenyak dibuai mimpi..(agaknyelah...)
hehe

Dua insan ni merupakan anakku.. Anak saudaraku.. Mereka merupakan permata hatiku insan penting yang amat aku kasihi..
Disaat orang lain menghampakanku..merekalah yang menjadi penawarnya..
Along yang sedikit degil tapi prihatin dan mendengar kataku..
Adik yang pemalu dan sentiasa berusaha maju kehadapan..
Moga kedua-dua mereka Selamat dan Bahagia dunia dan akhirat..
Amin..

Cinta dan Rasa..

Aku sebenarnya keliru..
Antara mahu dengan Perlu..
Aku ini manusia biasa..
Memangnya memerlukan cinta..
Namun dalam diriku tiada kepastian..
Sama ada telah bersedia menerima cinta dan bercinta..

Aku tahu dan pasti..
Jika aku menerima tentu banyak ujian sedang menanti..
Persoalannya, adakah aku bersedia menerima ujian itu..
Mampukah aku hadapinya atau bagaimana..?

Sahabatku..
Aku mahu kau tahu..
Aku ini banyak kekurangan dan kelemahannya..
Aku ini tidak sempurna dan mustahi lagiku menjanjikan kesempurnaan..
Maka janganlah kau harapkan kesempurnaan dariku..
Aku hanya mampu memperbaiki diriku menjadi lebih baik untukmu demi Kekasihku..

Sahabatku..
Aku perlukan kepastianmu..
Jika aku menerimamu..
Maka aku menerimamu kerana Tuhanku..
Maka aku berharap kau juga begitu..
Jika tidak, janganlah kau dekatiku..
Tentu ada insan yang lebih baik dan sesuai untukmu..

Sahabat..
Aku tidak ingin kau berjanji untuk membahagiakanku..
Tetapi aku mahu kau mengasihiku kerana Tuhanku dan Tuhanmu Yang Satu..

Sahabat..
Jika benarlah hasrat hatimu..
berikanlah aku waktu untuk bertanya padaNya..

Erti Faham.

Dalam hidup ini kadangkala kita menjadi terlalu penakut..
takut untuk menyatakan kebenaran..
lantas kebenaran itu sekadar dipendam..
sehinggalah sampai suatu masa kita tidak lagi mampu menyatakan kebenaran itu..
penyesalan yang datang tentu sekali tidak sedikit.. dari situ barulah kita tersedar..
Tuhan.. alangkah ruginya hidup tanpa difahami erti kehidupan..

aku ini orangnya buta..
bukan pada mata tapi pada hati..
apa tidaknya..
aku hidup dalam faham tapi seringkali aku lupa dan alpa..

aku ini orangnya hina..
sememangnya aku tahu apa yang benar dan apa yang salah..
namun kadangkala malah seringkali aku terjah jalan yang salah itu..
setelah terlanjur salahku baru kusedar..
alangkah bodohnya aku..
ada akal kalah pada nafsu..
ada hati kalah pada syaitan..

aku jua sedar..
dalam hidup ini banyak ujian dan halangannya..
namun berusaha sehabis baik untuk menghadapinya tidak sekali..
aku jua tahu aku lemah orangnya..
namun tidak kuusaha menewaskannya..
mungkinkah aku tidak waras orangnya..?
ataupun sebenarnya aku bodoh..
kerana tidak mampu memahami kehidupan dengan sebenar-benar kefahaman.

AMAN

Jangan kau Ratapi Pada Ketentuan Ini...
Pohonlah Petunjuk Agar Kau Tenang Dihati..
Bersyukur Kau Sabarlah..
Dan Redho..

Kita Dicuba dan Diuji Kesakitan, Ketakutan..
Kadangkala Kehampaan..
Walau Hebat Kau Diuji Di Dunia Fana Ini..
Hebat Lagi Disana..

Dari Itu Hentikan Ratapan Dan Keluh Hatimu..
Sesungguhnya..
Dalam Kesakitan ada Kelapangan Sebaliknya..

Setiap Suratan Yang Kita Tempuhi..
Lihatlah Hikmah Yang Tersembunyi..
Dari Itu Pohonlah Hanya KepadaNya..
Lapangkan Hati Yang Sengsara..

Redho Menjadi Penawar Mengenal Erti Sabar..
Erti Sabar..
Redho Pabila Ditimpa Musibah Dan Segala Pancaroba.. Dunia..
Redho Menjadi Penawar Mengenal Erti Sabar..
Erti Sabar..

Redho Pabila Ditimpa Musibah Dan Segala Pancaroba.. Dunia..
Redho Menjadi Penawar Mengenal Erti Sabar..
Penahan, Penawar Erti Sabar..
Redho Cerminkan Peribadi Yang Mulia KepadaNya..
KepadaNya..

Redho Menjadi Penawar..
Mengajar Erti Sabar..

Ust Asri Dalam Kenangan..






Arwah Ust Mohamad Asri Ibrahim@ Asri Rabbani..

Sedekahkan al-Fatihah untuk beliau..



13 hb merupakan tarikh aku konvo..
aku konvo pagi sampai kol 11..
lps konvo aku dapat berita dari wan yg ust Asri masuk hospital coz pengsan paginya..
so, x dapat datang konvo aku..otw ke hospital pantai..
x pelah aku x kesah..tgok ust pda aku lbih pnting..
then x lma aku kol ust..knon nk tya khabar..coz aku ingt n bharap ust dh sdar n mla pulih..
tapi x dapat..voice mail yg berperanan..
then aku kol wan balik tya kot dh smpai n nk tya khabar ust..
tp berita yg aku dpt sgt2 mngejutkan..
k mai...ust dh x de.......
brkali2 aku brtya utk mndapatkan kpastian...
benarkah apa yg telingaku dengar?
ye...memg ust dh x de...
sdihku bkn kepalang..tidak sdikit...
aku seolh2 x pcaya..sgt2 x pcaya n sgt sdih..smpai tnpa sgn trus menangis...
aku kol ckp pd ma aku yg aku nk g tgok..
ma aku tgamam dgr aku nangis sbb aku jrg nangis..

Alhamdululillah dpt gk aku g naik mto ira n pnjam helmet naqiu gn jubah2 konvo aku yg x smpt aku bukak...
smpai sna barulah aisyah tlg bukakkn..aku terkilan..aku x dpt tggu shgga pengebumiannya...
keluarga aku nk brkejar balik ke trengganu coz ad hal..termasuk aku perlu balik skali..
n lebih trkilan bla mgenangkan aku x dpt hadir majlis hari lahirnya 10 hari sebelum pemergiannya even ust ad brtanya..
gara2 aku dh ambil tket blik kg..demi menunaikan janjiku pada ma..
balik terus lepas konsert..krn aku ke kl smata2 untuk grk keje knsert..n aku mla mgenali bliau dari situ..

jadilah hari konvo aku hari yg memilukan...
aku ingin mlihat n mdgr suara ust d msa tuanya...
aku terus ingin berukwah n myokongnya slama mna yg mmpu..
nmun trnyata..Allah lebih mengasihinya..

beliau yg berhati murni..murah senyuman..n baik budi bahasanya myebabkan aku benar2 sedih dgn pmergian org sbaiknya..
bagiku..mengapa terlalu cepat..?blum smpat untk ku bnar2 mgenalinya.....
aku mahu melihatnya terus berbakti dlm medan dakwah ini.....
aku mahu melihatnya terus mara......
namun ternyata Allah lebih mengasihinya...
mungkin benar..tugasnya didunia telah smpurna spt kta kawanku ira..untuk memujuk hatiku yg bnr2 keliru..
akalku yg tnpa henti memutarkan kenangan..shg aku bnr2 kebingungan...

rupanya keadaan n perubahanku disedari ibuku n ayahku..
ma aku tidak leka dan sering mengurut2 tangan n lenganku membacakan sesuatu malah mengingatkan n menyuruhku supaya berselawat..
kerana keadaanku yg terkejut dbimbangi memudaratkan diri..
apatah lagi aku hilang selera makan even x brsarapan pagi itu..
ma aku ada myebut smpt brckp2 dgn ayhku tntg keadaanku..
jika jka keadaanku smpai begitu skali krn trklejut..apatah lagi kdaan isteri, anak2 n sahabat2nya...?
n sehingga kini aku bmbg tntg mreka..ingin skali rasanya mnelefon n brtanya..namun bimbang mgganggu n mmbangkitkan rsa sdih mrk..
lalu kupendamkan dgn seribu tnda tya...

mujurlah pagi Jumaat itu aku sekeluarga sempat ke Rusila mendengar Tazkirah Jumaat Tok Guru seperti lazimnya...
dari awal lagi aku harapkan agar persoalanku terjawab..
Sememamngnya..beliau sentiasa menjawab banyak persoalan even persoalan itu sekadar berlegar di minda n jiwa...
n ternyata.. harapanku terdengar di hati ulama' itu even tdk pernah diberitahu..
Tok Guru ada menyebut tentang kematian n menyebut tentang kewafatan Rasulullah...
sememangnya kematian itu mesti n tdk dpt dielak sesiapapun...
dengan Tzkirah dari Ulama' yg amat aku hormati itu, hatiku mulai merasa tenang..
n aku sedar tntang perananku yg masih hidup..tntg pranan n bntuan yg bleh aku hulurkan...
aku yg bgitu bmbangkn prjalanannya d alam barzakh sdr..diriku yg tdk sberapa amalan n banyak doisa ini bagaimanalah keadaanku bila kembali padaNya..
sedangkan ust Asri yg byk berbakti n meninggalkan khazanah zikir, selawat, n peringatan utk umat Islam begitu aku bimbangkan..bagaimanalah keadaanku....
aku brharap agar segala usaha, pengorbanan, n baktinya mampu membantunya di alam barzakh..
menyuluh n melapangkan pusaranya n membahagiakannya dengan Rahmat n Kasih Sayang Allah SWT..

aku sedar..
bagiku..ukhuwwah tdk skali2 terputus dgn kmatian...
krn aku mgenali n mghormatinya krn perjuangan..
aku mgasihinya dlm prjuangan n kerana Islam..
n aku tdk ingin rsanya mbiarkan dia kurg kasihku sbg saudara dwaktu dirinya d alam barzakh...
n aku mhon kpd sesiapa yg mmbaca tulisanku ini agar tdk jemu brdoa n myedekahkan pahala amalan mahupun al Fatihah buat insan yg aku hormati ini..
bukan hya utk ust..seharusnya juga untuk semua insan tersayang, ibu bapa saudara mara n sahabat yg berukhuwwah n pernah berukhuwwah dengan kita n tdk dlupakan para pejuang Islam..ulama'2 yg brtaqwa, n org2 yg beriman n bertaqwa kpd Allah SWT..moga2 mreka mdapat Rahmat n kita jga mndapat berkat...amin..

p/s: buat team KAD '09.. ingat2 pesan ust supaya mengamalkan surah yaasin setiap pagi terutama dalam usaha n bergerak kerja..
moga2 segala usaha kita diberkati begitu juga kehidupan kita..n moga2 pahala amalan kita turut dapat dirasai Ust di alam barzakh sana..
pesanan ini juga buatmu yg mmbaca n berfikir...

Konsert Antara Dunia..

best giler...
x pi rugila..tiket pon murah jer...

HariIniKu

Ada satu kesah yang agak lawak terjadi pagi tadi..
dlm pkul 4 pagi.. aku trun @ kuar umah nk ke blik air umah pok aku..
tetiber..aku dikejutkan dengan penemuan baru bagi aku...
seekor arnab comel yg best jer landing smpai hampir2 jer aku tersepak kat c2...
tapi, dia x gerak2 pon..ksian..nampak sejuk..coz msa 2 hujan renyai2 jgk...
aku nak amik tp bmbang dia lari..so, aku p la bilik air dlu..
aku cume harap cek nab 2 still kat c2..

bla aku kuar..ye...memg dia stil kt c2...
aku pon pi la kat dia blik..
herannye..dia x lari pon..
mybe sbb gelap malam n hujan lak 2..so, lembap skit, fikirku..
aku pon amik la dukung cek nab 2 wat masuk dlm umah...
aku kejutkan adik lelakiku yg satu 2 sambil cakap...
'k wani jupe ni..tengok la ni...' desakku..huhuhu...
yg x bestnyer..adikku yg tgh mamai 2 jawab...
'arnab rumoh ni la ....'
huhu..memang nak kene la budak ni...
mamai tol dak ni..fikirku..

aku pon 'pusing' la cari kain buruk..
pastu..aku pon x pdulik lagi..amik kain batik n balut cek nab 2...
then dgn slumbernyer..aku bawak cek nab 2 tdo gn aku..hahaha
ptg tdi aku gn bestnyer diketawakan dak2 ni..coz pepagi bute kejutkan org nak tujukkan arnab yg memang pok aku lepaskan..
almaklumla..pagi 2 x sempat coz dorg sbuk usik aku yg hmpir mgamuk bile aku dtinggalkan utk lapah ayam kg sorg2...
6 ekor 2..tapi aku wat sekor jer..kwang3...lain2 lagi 5 ekor, adik2 aku yg lapah...hehehe
dapat la jugak merasa...opss...makan aym kg mude goreng..memang aku suke 2...alhamdulillah...

hmmm...berbalik pada crita cek nab..aku msa nk balik ke setiu 2 tanya la mak aku..memang asek tanya..beli kat mane arnab 2 n brapa hargenyer...
then aku wat lawak gn adik aku nak amik arnab 2 wat balik..mak aku terdengar..so, suh aku wat balik jer..
coz x da sape jaga..2 yag lepas..huhuhu..sayangnyer..sekor jer coz lagi sekor mati kene gigit kerengge..sadis sungguh...
bla dah 2,3 kali suh aku wat balik, aku pon amik la..dukung masuk kete..hehe
dlm kete 2 ank buah aku asek usap je arnab 2..aku lak ketip dia punyer 'pirah'..adusss...kutu ape ntah..
kutu biasa 2..banyak jgk..ksian dia..

bla dh smpai 2 aku terus wat masuk blik air n mandikan gn dbantu 2 asisten..along n adik..hehehe
kotor giler..x dapat buang kotoran melekat yg dah mngeras 2..aku gunting jer bulu dia..
huhu..sia..gondol gak la kat blakang 2..nmpak ekor..
n skang cek nab 2 dtempatkan didalam sarang mudah alih yg aku tempatkan di bawah pokok mata kucing yg tengah lebat berbuah 2..
aku ada gak kasi makan buah mata kucing 2..dia makan..best agaknyer..
skg ni tgah hujan..nasib baik aku bumbungkan umah dia 2 gn atap lebih n ltak kayu untuk hadang angin kat dinding..
harap2 dia ok la..
x kan aku nak amik dia tidur gan aku lagi malam ni kot...
huhuhu...kalo tertangkap dek ma aku..naye aku..so, bek jangan cari pasal..
ma aku bukan ape..dia risau najis jer..kot la arnab 2 terkencing..terberak or bekas kencing n berak dsb..

aku sebenarnyer tengah berserabut gak ni..2 yang aku cari keje..huhuhuhu...
k lah..chow..!

Antara Jujur dan Buta.

Arini Penamaan Calon kat Manek Urai..
Aku gn family g la tgok..kasi sokongan sket sbanyak...
ktorg btolak kol 4 pagi..mamai aku kejap..huhuhu
sampai sana sblm kol 7..ramai gile orang..
cari parking pon 2,3x round.. last2 dpt gak parking kt petronas..hahaha
nasib le...

msa org start berarak tu, aku stuck kt 1 tmpat..kt stgah jam jgk la..
even cmtu pon, org rmai lgi so, aku gn ma ikut la arus org..
menuju tmpat pnamaan cln..
yang lawaknyer..sampai satu tahap, ma aku x larat dah, nk duk tepi..
so, aku bantai la kotak2 air mineral yg petugas tengah bahagi2 2..
duduk le kat tepi jalan..aku x nak duduk sbenarnyer..tapi ma aku beria suh aku duduk gak..
temankan ma aku duduk...huhuhu...

yg bestnyer..rmai beb geng2 DAP n India dtg bg skongan..
siap wat psembahan n nyanyi lagu lagi 2..
ada gak yg siap bagi ceramah..
siap ada nasihat agama..banyak gak dia study pasal Islam...
moga2 dberi hidayah nnti..InsyaAllah..=)

aku ingat nak wat gak sesi temu ramah..
tp x smpat la..tmankan ma aku je tdi..
tpi smpat la aku curi masa nk snaps beberapa gmbar..
maybe bleh gna utk dokumentasi sejarah..
tapi, nk jalan 2 pon punye la susah..
sesak beb..

dlm bab ni aku jadi heran sket bla kuar crita n brita yg pyokong dtg cma 1000 org?
memg aku x paham sungguh2 nih...
dorg ni bute agaknyer..huhuhu
jujur aku cakap..ramai giler...
kalo ckp lbih dri 100,000 org pon aku pecaya..
2 cume pyokong pas la...
bn aku nmpak 2,3 org jer...
2 pon dh kna juoh gn set2 Kelantan nih...
2 la..sape suh peliks sgt..kn dh kene...
hehehe...


then msa blik 2 trjumpa la gn sorg senior 2..
bleh dkatakan, snior yg byk bjasa gn aku jgk la...
dia syum n lambai kat aku..
aku pon, gn slumber ckp gn ma aku tntg khadirn snior 2..
n snior 2 ckp, 'jumpa lg kita, makcik'...
pastu, snior 2 brbual2 jap gn ayah aku...sblm dtg mtak no bru aku...
hehehe...dh tukar no rupenyer aku nih...
jmpa dia 2 rsa gmbira gk la..
coz dh lma x jmpa..tringat blik pasal dia dolu2...
msa tgah tgkus lumus tlg aku bangkitkan aku...huhuhu...
igt pasal Inthibat...1st time jmpa dia..

(k lah...huhuhu...ma aku dh suh tdo..dh dkat kol 1 rupernyer...)
cma aku nk ckap..kot ye pon bute..amik la laporan dri org yg jujur..
baru dpt wat laporn yg btol..
ade ke seribu je dtg..memg btol2 bute la wa ckp same lu..
si bute 2 la..si penipu lak satu hal..kot ye pon jujur la sket..ingt org bute ke..?
nak tipu sape gak..dri sndiri n si bute?
adusla...

Along..

semalam aku dapat berita..
along anak buahku dimasukkn ke wad coz demam..
risau aku..dia lasak..demam sket2 x layan la..
tpi mybe ni truk..dia pn pnah msuk wad dkt sbulan dmam ape ntah..
msa dia skolh rndah lgi..
ni dh tgkatan 2..
tp pg ni aku dgr, dia x dtahan..
check, bkn dmam truk sgt..
means, bkn virus cik bab 2 la...
alhamdulillah...

(pasni la aku sambung)

Hapus Aku

Tuliskan kesedihan..
Semua tak bisa kau ungkapkan..
Dan kita kan bicara..
Dengan hatiku..

Buang semua puisi..
Antara kita berdua..
Kau bunuh dia..
Sesuatu yang kusebut..itu CINTA..

Yakinkan aku Tuhan..
Dia bukan milikku..
Biarkan waktu..waktu hapus aku..
Sedarkan aku Tuhan..dia bukan milikku...
Biarkan waktu..waktu hapus aku..

Tuliskan kesedihan..
Semua tak bisa kau hentikan..
Dan Kita kan bicara..
Dengan jiwaku..

Buang semua puisi..
Antara kita berdua..
Kau bunuh dia..
Sesuatu yang kusebut..itu CINTA..

Yakinkan aku Tuhan..
Dia bukan milikku..
Biarkan waktu..waktu hapus aku..
Sedarkan aku Tuhan..dia bukan milikku...
Biarkan waktu..waktu hapus aku..

Hari IniKu

Today I want to take back my brothers from detention.
I miss them a lot..
I hope they just OK and always fine..
they bailed RM1000..
it's not a big deal..
importantly, they all safe and healthy..
insyaAllah..

Orang Kata.

Orang kata sepi itu membunuh..
orang kata Kesepian membuahkan putus asa..
dan orang kata sepi itu menyakitkan..
orang jugak kata sepi itu menekankan jiwa..
dan orang jugak kata sepi itu menyebabkan kita rasa kecewa..

itu apa yang orang kata..
bagi aku..aku sendiri pun tak pasti..
yang pasti..aku dapat rasa kesemua rasa 2..
tapi bukan hanya itu yang aku rasa..

C2ACKU

skarang alahamdulillah...dah berkurang boring aku...
berkat minum air zamzam gn niatnye kot...
alhamdulillah ada jugak orang baik hati kasi aku air zamzam 2...
harap-harapnye berterusanlah ketenangan dan kelapangan yang aku rasa ni...
moga2 nyahla keboringan yang membelenggu...
seksa sungguh boring ni rupenye...
rsa ntah pape...huhuhu
aku sbenarnya konfius nak amik master usuluddin ke master sejarah malaysia...
bila fikir-fikir balik...sejarah 2 bidang yang wajar aku kuasai...
bukan bererti aku lupakan usuluddin...
tapi bab agama 2 aku cedok dari luar pun x pe...
joint iis pn ok..blaja pasal dakwah..part dri usuluddin..
sejarah pun part dari usuluddin..bab2 agama insyaAllah aku topup dari luar semasa ke semasa...
bab profesyen aku amik sejarah...
bukan bererti aku nak keje bahagian sejarah..or ahli sejarah..
tapi aku nak jadi ahli dalam sejarah...berbeza ke eh..?
memang pon... :)

perJALANanKU

sekarang ni aku dalam proses...
proses nak amik master...nak kene submit proposal dulu..
so esok aku try hantar proposal..
pening jugak wat proposal rupanya...
moga-moga dimudahkanlah urusanku...
InsyaAllah...

Aku dan C2aCku

Aku memang boring gile skarang ni..
ntah la nape..yang penting aku..boring..

beberapa hari lepas, aku g wat hal kat tasik...
cari tiram..dapat la 2 baldi..
ingat nak jual..cari fulus..
tapi ntah la...
wat balik kg je kot..kongsi 2..

apela ubt bagi keboringan eh...
x tau la...dri sndiri pn x dpt tolong..
sdih btol...
btol2 sdih...