Tinta Air Mata..



Aku bayangkan aku sebagai isterimu..
Dikau seorang lelaki yang begitu sibuk dan kalut..
Seorang Mujahid yang Real..
Seperti katamu..

Lalu aku membayangkan masa depan yang dibayangi masa sekarang..
Engkau begitu sibuk..Tidak sempat melayani kerenahku..
Tidak sempat bertanyakan khabarku..
Tidak sempat menjawab banyak persoalanku..
Tidak sempat mengirimkan khabar situasimu..
Dan tidak sempat aku mengenalimu..

Lalu bagaimanakah masa depanku..
Sentiasa tercabar untuk bersabar..
Kukenali dirimu seorang yang kalut dan sibuk..
Sentiasa membara dengan semangat perjuangan..
Siapa yang tidak bangga dan gembira mendapat suami seorang Mujahid pemburu syahid..
Namun aku sedih dan letih..lantaran gelora jiwaku dapandang enteng..
Kerana bagimu perjuangan itu lebih penting..
Bagimu seharunya seorang isteri mampu memahami dan berdikari..

Lalu aku merasa sedih dan pedih..
Lupakah dirimu Sirah Rasulullah..
Insan Junjungan yang tentunya paling sibuk dalam menyebarkan Islam..
Tetapi mampu bergurau senda bersama isteri tercinta..
Mampu turun kedapur membantu apa yang perlu..
mampu bergurau senda dan berkejar-kejaran dengan Aisyah isteri tercinta..
Mampu bermain kuda-kuda bersama cucu tersayang..
mampu memujuk isteri yang dalam kesedihan..
Biarpun hanya kerana perkara kecil..?

Lalu bagaimana aku..?
Alangkah kasihan anak-anakku..
Kemiskinan kasih dari bapanya..
Alangkah kasihan ibu bapaku..
Tersisih setelah bermenantu..

Aku dambakan seorang pejuang Islam..
Tetapi yang kaya dengan kasih sayang dan perhatian..
Yang faham erti pengorbanan dan mampu berkorban..
Tidak sekadar faham erti berkorban dalam erti kata mengorbankan..

Aku tidak mendabakan seorang suami yang kaya raya..
Tetapi miskin jiwanya..
Yang aku dambakan seorang yang kaya budinya..
Mengerti dan faham tanggungjawab sendiri dan hak seorang Isteri..
Yang mampu manunaikan nafkah terhadapku sekadar dirinya mampu..
yang mampu hormat dan kasihkan ibu bapaku seperti sebahagian dari diri..
Yang mampu sama-sama mendidik dan membesarkan zuriat bersama..
Yang mampu bersama-sama dalam perjuangan Islam..
Yang tidak akan menghalangku dalam urusanku dengan Tuhan dan perjuangan Islam..
Asal saja aku tahu, faham, dan menunaikan tanggungjawabku sebagai surinya..

Wahai hati kuharap kau bersabar..dan tingkatkan kesabaran..
Namun kesabaranku yang senipis kulit bawang ternyata tidak mampu bertahan..
Dan keraguan mula mengasak hati..
Tidak pentingkah aku dihatimu..
Jika kini aku mula ragu..
Terhadap kemampuan diri..
Terhadap kemampuanmu berkompromi..
Bagaimanakah masa depanku nanti..?
Duhai hati banyakkan bersabar..
Dan hari demi hariku menjadi makin keliru penuh ragu..
Mampukah aku bertahan disisimu..?

Jika aku mampu bersabar..
Itu adalah kebaikan bagi dirimu dan diriku..
Namun jika aku menahan rasa..?
Bukankah itu membawa kepada dosa..?
Maka itu adalah kerugian terbesar pada diriku malah juga pada dirimu..

Sungguh..Perjuangan Itu Manis Jika Tahu Cara Berjuang..
Jika Faham Erti Berjuang dan Erti Kehidupan..

0 comments:

Blogger Template by Blogcrowds