We'll find out..
Siapakah @ apakah yang lebih kita sayang..
Tanda Sayangkan Allah..
Sentiasa mendaulatkan SyariatNya..
Melaksanakan tuntutan dan perintahNya..
Malah, menjauhi segala laanganNya..
Bak kata Dr Hamka,
Dengar je seruan azan, bersegera menunaikan solat..
Tu tandanya, Cinta dan Sayangkan Allah..
Rindu untuk bertemuNya segera..
Jika berlengah-lengah, dah nak habis waktu baru terhegeh-hegeh..Awasilah..
Sayangkan Rasul..?
Sudah tentu mempertahan dan mengamalkan Sunnah dan ajaran yang dibawanya..
Sentiasa berselawat padanya..
Dan macam-macam lagilah..
Sayangkan Ibu Bapa..
Sentiasa Menyenangkan hati Ibu Bapa..
Bersegera menyahut panggilannya..
Mengambil berat dan tidak menyakiti hatinya..
Jika Sayangkan Seseorang..
Sentiasa mengambil berat tentangnya..
Berusaha membahagiakan dan mengembirakannya..
Bertoleransi dan mempunyai masa untuknya..
Begitu juga untuk keluarga..
Sayangkan Diri..
Tidak memudaratkan diri..
Mempersiapkan diri dengan Ilmu dan Iman agar Selamat Dunia Akhirat..
Dan lain-lain lagilah..
Fikir-fikirkan..
Lebih Sayangkan Harta.. dari segala-galanya..?
Kedekut untuk bersedekah, kedekut untuk mengeluarkan zakat, malah kedekut untuk menginfakkannya pada Jalan Allah..
Jika sayangkan harta melebihi segalanya,
Tandanya tidak sayangkan Allah, diri, ibu bapa, keluarga dan segala-galanya..
Kerana telah terpedaya dengan godaan dunia..
Kesimpulannya..
Banyak lagi sayang-sayang yang tidak dinyatakan disini..
Misalnya sahabat, perjuangan, dll..
Pandai-pandailah relatekn sendiri..
Kan ada akal untuk berfikir..?
0 comments:
Post a Comment