Cinta dan Rasa..

Aku sebenarnya keliru..
Antara mahu dengan Perlu..
Aku ini manusia biasa..
Memangnya memerlukan cinta..
Namun dalam diriku tiada kepastian..
Sama ada telah bersedia menerima cinta dan bercinta..

Aku tahu dan pasti..
Jika aku menerima tentu banyak ujian sedang menanti..
Persoalannya, adakah aku bersedia menerima ujian itu..
Mampukah aku hadapinya atau bagaimana..?

Sahabatku..
Aku mahu kau tahu..
Aku ini banyak kekurangan dan kelemahannya..
Aku ini tidak sempurna dan mustahi lagiku menjanjikan kesempurnaan..
Maka janganlah kau harapkan kesempurnaan dariku..
Aku hanya mampu memperbaiki diriku menjadi lebih baik untukmu demi Kekasihku..

Sahabatku..
Aku perlukan kepastianmu..
Jika aku menerimamu..
Maka aku menerimamu kerana Tuhanku..
Maka aku berharap kau juga begitu..
Jika tidak, janganlah kau dekatiku..
Tentu ada insan yang lebih baik dan sesuai untukmu..

Sahabat..
Aku tidak ingin kau berjanji untuk membahagiakanku..
Tetapi aku mahu kau mengasihiku kerana Tuhanku dan Tuhanmu Yang Satu..

Sahabat..
Jika benarlah hasrat hatimu..
berikanlah aku waktu untuk bertanya padaNya..

1 comments:

Sahabat ini telah aku aingkan dari diariku.. Biarpun ini merupakan kali ke3 dia bertanya..menolaknya untuk kesekian kalinya adalah lebih wajar..
bairpun baik dan bertimbang rasa.. namun ternyata tiada jodoh antara kita.. kerana petunjuk untuk membebaskan diri darimu adalah lebih utama..

Allah lebih penting dari segalanya..Jagalah Allah maka Allah akan menjagamu..Jangan kau abaikan syariatnya, kelak kerugian akan kembali padamu jua..

August 31, 2009 at 3:36 PM  

Blogger Template by Blogcrowds