Dalam hidup ini kadangkala kita menjadi terlalu penakut..
takut untuk menyatakan kebenaran..
lantas kebenaran itu sekadar dipendam..
sehinggalah sampai suatu masa kita tidak lagi mampu menyatakan kebenaran itu..
penyesalan yang datang tentu sekali tidak sedikit.. dari situ barulah kita tersedar..
Tuhan.. alangkah ruginya hidup tanpa difahami erti kehidupan..
aku ini orangnya buta..
bukan pada mata tapi pada hati..
apa tidaknya..
aku hidup dalam faham tapi seringkali aku lupa dan alpa..
aku ini orangnya hina..
sememangnya aku tahu apa yang benar dan apa yang salah..
namun kadangkala malah seringkali aku terjah jalan yang salah itu..
setelah terlanjur salahku baru kusedar..
alangkah bodohnya aku..
ada akal kalah pada nafsu..
ada hati kalah pada syaitan..
aku jua sedar..
dalam hidup ini banyak ujian dan halangannya..
namun berusaha sehabis baik untuk menghadapinya tidak sekali..
aku jua tahu aku lemah orangnya..
namun tidak kuusaha menewaskannya..
mungkinkah aku tidak waras orangnya..?
ataupun sebenarnya aku bodoh..
kerana tidak mampu memahami kehidupan dengan sebenar-benar kefahaman.
0 comments:
Post a Comment