Dalam kekalutan yang kuhadapi sekarang..yang sedang kucari adalah seorang kawan bicara yang boleh aku berbicara dan bercerita tanpa terikat dan tersekat..Yang kucari tentulah yang tidak kukenali kerana aku lebih selesa tidak mengenali dan dikenali..kerana dengan demikian itu,aku tidak ragu untuk berkongsi cerita..kerana dia tidak mengenali aku n tidak mengubah apa2 persepsinya terhadapku..
Yang kucari sekarang adalah seorang sahabat yang walaupun tidak kukenali n mengenali tapi bertindak sebagai sahabat sejati..payah..tapi mustahilkah?
Yang kucari adalah orang yang mampu memahami apa yang cuba aku ungkapkan..apa yang cuba kusampaikan..yang mampu mendengar,memahami, dan berkongsi..
Hakikatnya,yang kucari adalah seorang sahabat baru yang tidak mengenali aku dan tidak kukenali dirinya..tapi dimana dan bagaimana..?
P/S: Carilah sahabatmu yang didalam diri masih belum ditemui..yang masih belum dikenali..kerana engkau benar2 belum mengenali dirimu sendiri..
0 comments:
Post a Comment