Tinta Air Mata..



Aku bayangkan aku sebagai isterimu..
Dikau seorang lelaki yang begitu sibuk dan kalut..
Seorang Mujahid yang Real..
Seperti katamu..

Lalu aku membayangkan masa depan yang dibayangi masa sekarang..
Engkau begitu sibuk..Tidak sempat melayani kerenahku..
Tidak sempat bertanyakan khabarku..
Tidak sempat menjawab banyak persoalanku..
Tidak sempat mengirimkan khabar situasimu..
Dan tidak sempat aku mengenalimu..

Lalu bagaimanakah masa depanku..
Sentiasa tercabar untuk bersabar..
Kukenali dirimu seorang yang kalut dan sibuk..
Sentiasa membara dengan semangat perjuangan..
Siapa yang tidak bangga dan gembira mendapat suami seorang Mujahid pemburu syahid..
Namun aku sedih dan letih..lantaran gelora jiwaku dapandang enteng..
Kerana bagimu perjuangan itu lebih penting..
Bagimu seharunya seorang isteri mampu memahami dan berdikari..

Lalu aku merasa sedih dan pedih..
Lupakah dirimu Sirah Rasulullah..
Insan Junjungan yang tentunya paling sibuk dalam menyebarkan Islam..
Tetapi mampu bergurau senda bersama isteri tercinta..
Mampu turun kedapur membantu apa yang perlu..
mampu bergurau senda dan berkejar-kejaran dengan Aisyah isteri tercinta..
Mampu bermain kuda-kuda bersama cucu tersayang..
mampu memujuk isteri yang dalam kesedihan..
Biarpun hanya kerana perkara kecil..?

Lalu bagaimana aku..?
Alangkah kasihan anak-anakku..
Kemiskinan kasih dari bapanya..
Alangkah kasihan ibu bapaku..
Tersisih setelah bermenantu..

Aku dambakan seorang pejuang Islam..
Tetapi yang kaya dengan kasih sayang dan perhatian..
Yang faham erti pengorbanan dan mampu berkorban..
Tidak sekadar faham erti berkorban dalam erti kata mengorbankan..

Aku tidak mendabakan seorang suami yang kaya raya..
Tetapi miskin jiwanya..
Yang aku dambakan seorang yang kaya budinya..
Mengerti dan faham tanggungjawab sendiri dan hak seorang Isteri..
Yang mampu manunaikan nafkah terhadapku sekadar dirinya mampu..
yang mampu hormat dan kasihkan ibu bapaku seperti sebahagian dari diri..
Yang mampu sama-sama mendidik dan membesarkan zuriat bersama..
Yang mampu bersama-sama dalam perjuangan Islam..
Yang tidak akan menghalangku dalam urusanku dengan Tuhan dan perjuangan Islam..
Asal saja aku tahu, faham, dan menunaikan tanggungjawabku sebagai surinya..

Wahai hati kuharap kau bersabar..dan tingkatkan kesabaran..
Namun kesabaranku yang senipis kulit bawang ternyata tidak mampu bertahan..
Dan keraguan mula mengasak hati..
Tidak pentingkah aku dihatimu..
Jika kini aku mula ragu..
Terhadap kemampuan diri..
Terhadap kemampuanmu berkompromi..
Bagaimanakah masa depanku nanti..?
Duhai hati banyakkan bersabar..
Dan hari demi hariku menjadi makin keliru penuh ragu..
Mampukah aku bertahan disisimu..?

Jika aku mampu bersabar..
Itu adalah kebaikan bagi dirimu dan diriku..
Namun jika aku menahan rasa..?
Bukankah itu membawa kepada dosa..?
Maka itu adalah kerugian terbesar pada diriku malah juga pada dirimu..

Sungguh..Perjuangan Itu Manis Jika Tahu Cara Berjuang..
Jika Faham Erti Berjuang dan Erti Kehidupan..

Dua Permata Hatiku..





Along yang tengah pura-pura tidur dan adik yang sedang nyenyak dibuai mimpi..(agaknyelah...)
hehe

Dua insan ni merupakan anakku.. Anak saudaraku.. Mereka merupakan permata hatiku insan penting yang amat aku kasihi..
Disaat orang lain menghampakanku..merekalah yang menjadi penawarnya..
Along yang sedikit degil tapi prihatin dan mendengar kataku..
Adik yang pemalu dan sentiasa berusaha maju kehadapan..
Moga kedua-dua mereka Selamat dan Bahagia dunia dan akhirat..
Amin..

Cinta dan Rasa..

Aku sebenarnya keliru..
Antara mahu dengan Perlu..
Aku ini manusia biasa..
Memangnya memerlukan cinta..
Namun dalam diriku tiada kepastian..
Sama ada telah bersedia menerima cinta dan bercinta..

Aku tahu dan pasti..
Jika aku menerima tentu banyak ujian sedang menanti..
Persoalannya, adakah aku bersedia menerima ujian itu..
Mampukah aku hadapinya atau bagaimana..?

Sahabatku..
Aku mahu kau tahu..
Aku ini banyak kekurangan dan kelemahannya..
Aku ini tidak sempurna dan mustahi lagiku menjanjikan kesempurnaan..
Maka janganlah kau harapkan kesempurnaan dariku..
Aku hanya mampu memperbaiki diriku menjadi lebih baik untukmu demi Kekasihku..

Sahabatku..
Aku perlukan kepastianmu..
Jika aku menerimamu..
Maka aku menerimamu kerana Tuhanku..
Maka aku berharap kau juga begitu..
Jika tidak, janganlah kau dekatiku..
Tentu ada insan yang lebih baik dan sesuai untukmu..

Sahabat..
Aku tidak ingin kau berjanji untuk membahagiakanku..
Tetapi aku mahu kau mengasihiku kerana Tuhanku dan Tuhanmu Yang Satu..

Sahabat..
Jika benarlah hasrat hatimu..
berikanlah aku waktu untuk bertanya padaNya..

Erti Faham.

Dalam hidup ini kadangkala kita menjadi terlalu penakut..
takut untuk menyatakan kebenaran..
lantas kebenaran itu sekadar dipendam..
sehinggalah sampai suatu masa kita tidak lagi mampu menyatakan kebenaran itu..
penyesalan yang datang tentu sekali tidak sedikit.. dari situ barulah kita tersedar..
Tuhan.. alangkah ruginya hidup tanpa difahami erti kehidupan..

aku ini orangnya buta..
bukan pada mata tapi pada hati..
apa tidaknya..
aku hidup dalam faham tapi seringkali aku lupa dan alpa..

aku ini orangnya hina..
sememangnya aku tahu apa yang benar dan apa yang salah..
namun kadangkala malah seringkali aku terjah jalan yang salah itu..
setelah terlanjur salahku baru kusedar..
alangkah bodohnya aku..
ada akal kalah pada nafsu..
ada hati kalah pada syaitan..

aku jua sedar..
dalam hidup ini banyak ujian dan halangannya..
namun berusaha sehabis baik untuk menghadapinya tidak sekali..
aku jua tahu aku lemah orangnya..
namun tidak kuusaha menewaskannya..
mungkinkah aku tidak waras orangnya..?
ataupun sebenarnya aku bodoh..
kerana tidak mampu memahami kehidupan dengan sebenar-benar kefahaman.

AMAN

Jangan kau Ratapi Pada Ketentuan Ini...
Pohonlah Petunjuk Agar Kau Tenang Dihati..
Bersyukur Kau Sabarlah..
Dan Redho..

Kita Dicuba dan Diuji Kesakitan, Ketakutan..
Kadangkala Kehampaan..
Walau Hebat Kau Diuji Di Dunia Fana Ini..
Hebat Lagi Disana..

Dari Itu Hentikan Ratapan Dan Keluh Hatimu..
Sesungguhnya..
Dalam Kesakitan ada Kelapangan Sebaliknya..

Setiap Suratan Yang Kita Tempuhi..
Lihatlah Hikmah Yang Tersembunyi..
Dari Itu Pohonlah Hanya KepadaNya..
Lapangkan Hati Yang Sengsara..

Redho Menjadi Penawar Mengenal Erti Sabar..
Erti Sabar..
Redho Pabila Ditimpa Musibah Dan Segala Pancaroba.. Dunia..
Redho Menjadi Penawar Mengenal Erti Sabar..
Erti Sabar..

Redho Pabila Ditimpa Musibah Dan Segala Pancaroba.. Dunia..
Redho Menjadi Penawar Mengenal Erti Sabar..
Penahan, Penawar Erti Sabar..
Redho Cerminkan Peribadi Yang Mulia KepadaNya..
KepadaNya..

Redho Menjadi Penawar..
Mengajar Erti Sabar..

Ust Asri Dalam Kenangan..






Arwah Ust Mohamad Asri Ibrahim@ Asri Rabbani..

Sedekahkan al-Fatihah untuk beliau..



13 hb merupakan tarikh aku konvo..
aku konvo pagi sampai kol 11..
lps konvo aku dapat berita dari wan yg ust Asri masuk hospital coz pengsan paginya..
so, x dapat datang konvo aku..otw ke hospital pantai..
x pelah aku x kesah..tgok ust pda aku lbih pnting..
then x lma aku kol ust..knon nk tya khabar..coz aku ingt n bharap ust dh sdar n mla pulih..
tapi x dapat..voice mail yg berperanan..
then aku kol wan balik tya kot dh smpai n nk tya khabar ust..
tp berita yg aku dpt sgt2 mngejutkan..
k mai...ust dh x de.......
brkali2 aku brtya utk mndapatkan kpastian...
benarkah apa yg telingaku dengar?
ye...memg ust dh x de...
sdihku bkn kepalang..tidak sdikit...
aku seolh2 x pcaya..sgt2 x pcaya n sgt sdih..smpai tnpa sgn trus menangis...
aku kol ckp pd ma aku yg aku nk g tgok..
ma aku tgamam dgr aku nangis sbb aku jrg nangis..

Alhamdululillah dpt gk aku g naik mto ira n pnjam helmet naqiu gn jubah2 konvo aku yg x smpt aku bukak...
smpai sna barulah aisyah tlg bukakkn..aku terkilan..aku x dpt tggu shgga pengebumiannya...
keluarga aku nk brkejar balik ke trengganu coz ad hal..termasuk aku perlu balik skali..
n lebih trkilan bla mgenangkan aku x dpt hadir majlis hari lahirnya 10 hari sebelum pemergiannya even ust ad brtanya..
gara2 aku dh ambil tket blik kg..demi menunaikan janjiku pada ma..
balik terus lepas konsert..krn aku ke kl smata2 untuk grk keje knsert..n aku mla mgenali bliau dari situ..

jadilah hari konvo aku hari yg memilukan...
aku ingin mlihat n mdgr suara ust d msa tuanya...
aku terus ingin berukwah n myokongnya slama mna yg mmpu..
nmun trnyata..Allah lebih mengasihinya..

beliau yg berhati murni..murah senyuman..n baik budi bahasanya myebabkan aku benar2 sedih dgn pmergian org sbaiknya..
bagiku..mengapa terlalu cepat..?blum smpat untk ku bnar2 mgenalinya.....
aku mahu melihatnya terus berbakti dlm medan dakwah ini.....
aku mahu melihatnya terus mara......
namun ternyata Allah lebih mengasihinya...
mungkin benar..tugasnya didunia telah smpurna spt kta kawanku ira..untuk memujuk hatiku yg bnr2 keliru..
akalku yg tnpa henti memutarkan kenangan..shg aku bnr2 kebingungan...

rupanya keadaan n perubahanku disedari ibuku n ayahku..
ma aku tidak leka dan sering mengurut2 tangan n lenganku membacakan sesuatu malah mengingatkan n menyuruhku supaya berselawat..
kerana keadaanku yg terkejut dbimbangi memudaratkan diri..
apatah lagi aku hilang selera makan even x brsarapan pagi itu..
ma aku ada myebut smpt brckp2 dgn ayhku tntg keadaanku..
jika jka keadaanku smpai begitu skali krn trklejut..apatah lagi kdaan isteri, anak2 n sahabat2nya...?
n sehingga kini aku bmbg tntg mreka..ingin skali rasanya mnelefon n brtanya..namun bimbang mgganggu n mmbangkitkan rsa sdih mrk..
lalu kupendamkan dgn seribu tnda tya...

mujurlah pagi Jumaat itu aku sekeluarga sempat ke Rusila mendengar Tazkirah Jumaat Tok Guru seperti lazimnya...
dari awal lagi aku harapkan agar persoalanku terjawab..
Sememamngnya..beliau sentiasa menjawab banyak persoalan even persoalan itu sekadar berlegar di minda n jiwa...
n ternyata.. harapanku terdengar di hati ulama' itu even tdk pernah diberitahu..
Tok Guru ada menyebut tentang kematian n menyebut tentang kewafatan Rasulullah...
sememangnya kematian itu mesti n tdk dpt dielak sesiapapun...
dengan Tzkirah dari Ulama' yg amat aku hormati itu, hatiku mulai merasa tenang..
n aku sedar tntang perananku yg masih hidup..tntg pranan n bntuan yg bleh aku hulurkan...
aku yg bgitu bmbangkn prjalanannya d alam barzakh sdr..diriku yg tdk sberapa amalan n banyak doisa ini bagaimanalah keadaanku bila kembali padaNya..
sedangkan ust Asri yg byk berbakti n meninggalkan khazanah zikir, selawat, n peringatan utk umat Islam begitu aku bimbangkan..bagaimanalah keadaanku....
aku brharap agar segala usaha, pengorbanan, n baktinya mampu membantunya di alam barzakh..
menyuluh n melapangkan pusaranya n membahagiakannya dengan Rahmat n Kasih Sayang Allah SWT..

aku sedar..
bagiku..ukhuwwah tdk skali2 terputus dgn kmatian...
krn aku mgenali n mghormatinya krn perjuangan..
aku mgasihinya dlm prjuangan n kerana Islam..
n aku tdk ingin rsanya mbiarkan dia kurg kasihku sbg saudara dwaktu dirinya d alam barzakh...
n aku mhon kpd sesiapa yg mmbaca tulisanku ini agar tdk jemu brdoa n myedekahkan pahala amalan mahupun al Fatihah buat insan yg aku hormati ini..
bukan hya utk ust..seharusnya juga untuk semua insan tersayang, ibu bapa saudara mara n sahabat yg berukhuwwah n pernah berukhuwwah dengan kita n tdk dlupakan para pejuang Islam..ulama'2 yg brtaqwa, n org2 yg beriman n bertaqwa kpd Allah SWT..moga2 mreka mdapat Rahmat n kita jga mndapat berkat...amin..

p/s: buat team KAD '09.. ingat2 pesan ust supaya mengamalkan surah yaasin setiap pagi terutama dalam usaha n bergerak kerja..
moga2 segala usaha kita diberkati begitu juga kehidupan kita..n moga2 pahala amalan kita turut dapat dirasai Ust di alam barzakh sana..
pesanan ini juga buatmu yg mmbaca n berfikir...

Blogger Template by Blogcrowds