Manusia seringkali mengharapkan manusia untuk membahagiakannya.. kadang sampai lupa Tuhan.. Bila rasa kecewa, manusia kembali mengingat Tuhan.. Kecewa itu Tuhan anugerahkan setelah bahagia (sehingga melupakan DIA) agar manusia kembali mengingati DIA.. Dengan kecewa, manusia kembali merindui Tuhan.. Setelah susah, manusia kembali meminta belas kasihan Tuhan.. Tuhan tidak pernah menolak permintaan hambaNya.. DiberiNya nikmat kepada manusia..
Tapi manusia seringkali kembli lupa.. Kerana manusia lupa bahawa setiap nikmat itu juga merupakan ujian Tuhan kepadanya.. Menguji manusia adakah tahu bersyukur dan mendekatkan diri kepadaNya. Mengajar manusia tentang diri sendiri.. Ujian yang manakah lebih berkesan pada manusia dan yang manakah lebih mampu diharunginya.. Kebanyakan manusia berjaya mengharungi ujian kesusahan tetapi seringkali gagal mengharungi ujian kesenangan.. dan dengan demikian, ujian kesusahan diberikan agar dia kembali kepada Tuhan..
Begitulah ujian.. manusia seringkali lupa Tuhan.. kadang sehingga memusuhi Tuhan.. sedang Tuhan seringkali memberi ruang dan peluang kepada manusia agar kembali kepadaNya.. caranya? apa ujian yang engkau terima kini? jangan lupa.. bersyukurlah kepada Tuhan 'Azzawajalla waktu senang dan susahmu agar engkau mampu merebut cintaNya wahai manusia.. dan manusia itu adalah engkau dan aku. sedangkan Tuhan itu adalah DIA Allah Yang Maha Berkuasa, Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment