JADILAH KULI ALLAH, BUKAN KULI SYAITAN
”Jangan jadi kuli kecuali menjadi kuli Tuhan. Jangan makan gaji selain makan gaji dengan Tuhan. Sebagaimana kita bila makan gaji - dengan orang ke, dengan kerajaan ke, dengan kompeni ke, dengan orang kampung ke - tentulah kita kena buat mengikut apa yang majikan kita hendak walaupun kita sendiri berasa payah, berasa lambat kalau ikut kehendak majikan kita. Tetapi kerana, kita makan gaji, kita kena buat serupa dengan tuan kita hendak. Kita dengan Tuhan kena lagu itu juga. Bila Tuhan kata Aku hendak kamu buat lagu ini - payah ke, susah ke, terkepit ke, sakit ke kamu kena buat juga sebab kamu makan gaji dengan Aku. Kalau kamu ticlak hendak makan gaji dengan Tuhan, kamu hendak makan gaji dengan siapa lagi? Sudah pasti kamu makan gaji dengan syaitan. Tidak ada sebab kita hendak makan gaji dengan syaitan kerana syaitan tidak buat kita, syaitan tidak buat bumi tempat kita berpijak, tidak buat langit tempat kita junjung, tidak buat udara untuk kita bernyawa, tidak buat sedikit apapun. Jadi tidak ada sebab kita hendak makan gaji selain dengan Allah taala”
”Makan gaji dengan manusia dia bayar dengan duit tetapi makan gaji dengan Tuhan dia bayar dengan syurga, bila mati baru boleh terima gaji. Sebab itulah kita bersembahyang, kita berpuasa, kita bersedekah, kita mengajar, kita mengaji walaupun kadang-kadang benda-benda ini dirasakan serabut dan menyusahkan. Mengapa menyusahkan diri dengan sembahyang, padahalnya yang tidak sembahyang ramai yang boleh hidup? Jawabnya, oleh kerana aku makan gaji dengan Tuhan, aku kena turut kehendak Tuhan”
Diambil dari:
http://ipnaa.blogspot.com/
Pada: 27.10.2009 5:00pm
Dicatat oleh INSTITUT PEMIKIRAN NIK ABDUL AZIZ
Selama seminggu atau lebih aku berada di Bagan Pinang.. Suasananya tidak la indah namun memberi erti dan kenangan yang bermakna bagiku..Kenangan berada, berkerja, dan memahami erti bekerja dan berjuang.
Kekalahan di Bagan Pinang bukanlah pengakhir kepada sebuah perjuangan..sebaliknya, semangat, ketegaran, usaha, istiqamah, tawakkal, redho perlu dipertingkatkan..
Bagi aku seorang pejuang perlu kenal erti bertindak mengikut keperluan, perlu kenal erti ukhuwwah, perlu faham erti wala', perlu faham erti redho dan syukur, perlu tahu erti bekorban. banyak yang perlu dipelajari untuk menjadi seorang pejuang..
hati perlu dibersihkan, elakkan dan buang penyakit PHD, kurangkan kemarahan dan ketegangan kerana kita semua adalah pejuang..tiada yang lebih bagi yang merasa lebih..tiada yang kurang bagi yang dianggap kurang.. hakikatnya..usaha, gerak kerja dan keikhlasan dinilai Allah tidak tertakluk kepada pandangan manusia malah redho manusia sekalipun..
bagi yang membenci, biarlah kerana Allah, bagi yang marah, biarlah beralasankan Allah, bagi yang cemburu, biarlah berlunaskan Islam.. jika tidak, hanya kesakitan yang kita dapat namun nilainnya pada pandangan Allah..?
Kekacauan di Bagan Pinang ternyata tidak mampu melemahkan pejuang2 disana.. banyak kekacauan namun yang dituduh bukan pada yang melakukan sebaliknya pada yang diperlakukan (dunia hampir kiamat..) perkara yang menyedihkan bagiku..aku sedar..ramai remaja yang dirosakkan disana..dimabukkan dan dibayar untuk hilang kemanusiaan..alangkah malangnya Warga Bagan Pinang..alangkah malangnya warga N9, alangkah malangnya yang ditawan dan keluarganya..tertawan pada hawa nafsu dan dipenjara dalam dunia yang gelita..oleh individu/pertubuhan yang diberi kepercayaan. Hakikatnya, kita selaku khalifah, manusia yang diberi akal yang waras untuk berfikir, usahlah menyamatarafkan diri dengan binatang ternakan mahupun yang melata, malah lebih teruk dari itu..kenapa membiarkan diri dikuasai nafsu dan syaitan?sedangkan kita tahu membezakan buruk dan baik perbuatan..kerana kita dianugerahkan wahyu, peringatan, petunjuk dari Quran dan Sunnah..Sudah hilangkah keyakinan manusia kini terhadap janji Allah? terhadap kebenaran Islam? sehinggakan yang berada di jalan kebenaran benar2 menjadi golongan yang sedikit dan dibenci..
Dalam kenangan sakit dan sedih, terselit yang gembira kerana ukhuwwah dan perjuangan itu manis..Kenangan terindahku adalah kenal dan bersama dengan Ustazah Nuridah yang aku hormati, kenal Hajar yang baik hati dan lembut perbuatannya, kenal Fatihah yang baik akhlak dan yakin diri, kenal ramai orang yang sebelum ini aku tidak kenal.. Umi yang mesra, kak Tho yang penyabar, kak Ros yang positif dan bersemangat, Kak Eti yang nakal dan poyo macam aku (hehehe..jgn marah..) dan macam2 kak lagi lah..dan Kak Wan yang di luar jangkaanku (hehehe..Thanks 4 d tea..huhuhu..) hakikatnya..biarpun kemenangan yang terlihatkan mata tidak diperoleh..namun kegembiraan tetap ada..Perancangan Allah tidak kita ketahui..Mungkin kekalahan di bagan Pinang mampu menjamin kemenangan yang lebih besar, baik dan mulia di masa2 hadapan..ayuh..kita belajar dari kesilapan..!!